Rujukan ringkas tentang Financial Adviser, medical card, perlindungan keluarga, tuntutan, perniagaan dan pelaburan. Untuk kes khusus, semakan sebenar perlu dibuat berdasarkan dokumen, keperluan dan terma pengendali.
FAR ialah wakil yang memberi khidmat nasihat di bawah firma penasihat kewangan. Dalam proses advisory, keperluan pelanggan dikenal pasti dahulu sebelum pilihan yang tersedia dinilai dan dibandingkan.
Ejen biasanya beroperasi dalam model agensi pengendali tertentu. FAR pula berkhidmat di bawah firma penasihat kewangan dan boleh menilai pilihan daripada pengendali yang tersedia melalui firma tersebut, tertakluk kepada skop perkhidmatan dan kesesuaian pelanggan.
Ya. Perbincangan awal adalah tanpa komitmen. Tujuan utamanya ialah memahami objektif, bajet, perlindungan sedia ada dan perkara yang anda mahu selesaikan.
Tidak semestinya. Review yang baik bermula dengan polisi sedia ada. Jika perlindungan masih sesuai, mengekalkannya mungkin lebih munasabah. Fokusnya ialah mencari jurang, pertindihan atau perubahan keperluan.
Jangan tengok sumbangan bulanan sahaja. Semak juga had tahunan, room & board, deductible atau co-takaful, had tertentu, panel hospital, exclusion, polisi pembaharuan dan kemampuan jangka panjang.
GL ialah proses pengesahan/kelulusan kemasukan atau rawatan secara cashless tertakluk kepada terma sijil, panel, diagnosis dan semakan pengendali. GL bukan jaminan bahawa semua caj hospital akan dibayar.
Dapatkan sebab rasmi penolakan, semak manfaat dan exclusion yang dirujuk, kemudian kumpulkan dokumen sokongan yang relevan. Jika ada asas untuk semakan semula, rayuan boleh dibuat mengikut proses pengendali.
Jumlahnya bergantung pada tanggungan keluarga, hutang, keperluan pendapatan gantian, pendidikan anak dan aset cair yang tersedia. Angka yang sesuai perlu berdasarkan keperluan sebenar, bukan satu formula untuk semua orang.
Ia bukan perkara yang sama. Penamaan/hibah manfaat takaful berkaitan manfaat sijil takaful, manakala hibah harta melibatkan pemindahan aset dan dokumentasi yang berbeza. Dapatkan nasihat yang sesuai untuk struktur pusaka yang lebih kompleks.
Employee Benefits merangkumi manfaat yang majikan sediakan kepada pekerja seperti group hospitalisation, group term life, group personal accident dan manfaat lain bergantung pada pelan. Struktur yang sesuai bergantung pada saiz syarikat, profil pekerja dan bajet.
Boleh dipertimbangkan, tetapi minimum headcount, eligibility, underwriting dan struktur manfaat berbeza mengikut pengendali. Sebut harga perlu dibuat berdasarkan maklumat pekerja dan keperluan syarikat.
Group Medical berkait dengan manfaat yang disediakan majikan dan biasanya tertakluk pada tempoh pekerjaan/polisi syarikat. Personal medical card pula dimiliki secara individu dan boleh menjadi lapisan perlindungan yang berasingan.
Mulakan dengan objektif, tempoh, keperluan tunai, pengalaman dan toleransi risiko. Portfolio yang sesuai bukan semestinya portfolio dengan jangkaan pulangan paling tinggi; ia perlu sepadan dengan kemampuan menanggung turun naik.
Nota: Maklumat ini bersifat umum dan bukan pengganti kepada semakan kes, dokumen atau nasihat khusus. Terma, kelayakan dan keputusan underwriting adalah tertakluk kepada pengendali atau penyedia berkaitan.
[abqori_whatsapp label="Tanya Soalan Anda"]